Sekarang ini Awal dan Scha terpaksa mencari lagi tarikh yang paling sesuai dan besar kemungkinan memilih pertengahan tahun untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Kalau tidak bulan Mei, bulan Jun atau bulan Julai nanti.
“Apapun majlis kami yang kami rancang pernikahan pada 23hb Februari dan resepsi pada 25hb Februari terpaksa kami tunda. Kami hanya mampu merancang tetapi dengan ketentuan Allah kerana tarikh majlis kami sama pula dengan tarikh majlis pernikahan Lisa dan Yusry yang juga pada 23 Februari. Hubungan kami dengan Lisa dan Yusry memang rapat. Pada mulanya, Lisa ingin simpan rahsia mengenai tarikh majlis perkahwinannya tapi bila saya beritahu tarikh majlis perkahwinan saya dan Scha, barulah dia beritahu tarikh pernikahannya itu pada 24 Februari nanti. Kalau boleh, kami tidak mahu majlis perkahwinan kami sama dengan tarikh rakan artis lain. Pada masa sama, ibu saya dan Scha pula sakit dan tidak sesuai kami buat majlis kahwin pula.†– Awal
Mereka telah memilih tarikh yang baru dan dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini pula.
“Saya akui susah nak dapat tarikh majlis kahwin yang sesuai termasuklah untuk mendapatkan ballroom hotel untuk majlis resepsi kami. Kalau nak tempah dewan memang kena setahun lebih awal. Insya-Allah, majlis perkahwinan kami bakal berlangsung pada Mei, Jun atau Julai, tahun ini juga. Maaflah, tarikh yang tepat belum diputuskan lagi. Saya memang setuju dengan cara rakan artis, Lisa Surihani dan pasangannya, Yusry KRU yang buat sidang media mengumumkan hari bahagia mereka dengan pihak media. Kami juga ingin mengikut jejak mereka dengan mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis perkahwinan kami nanti.†– Awal
Menurut Scha majlis perkahwinannya tentulah serba ringkas dan sederhana. Mereka tidak ditaja mana-mana pihak dan yang penting perkara baik mesti dipercepatkan.
“Saya tidak pentingkan sangat majlis perkahwinan itu secara besar-besaran kerana saya fikirkan perkara yang lebih jauh lagi iaitu kehidupan selepas berkahwin kerana ia bukan untuk sehari dua sebaliknya seumur hidup. Kami juga tidak buat majlis ataupun bertunang kerana lebih suka buat perkara wajib seperti dituntut agama. Kami belum sempat untuk buat kad kahwin dan menghadiri kursus kahwin lagi sekali gus masih mempertimbangkan beberapa pereka yang bakal mereka baju kahwin kami nanti.â€
“Dari segi konsep pula, Awal impi konsep tradisional Melayu yang ada bunga rampai, kompang, pencak silat serta lagu pengantin, saya pula lebih suka konsep moden dan kontemporari. Nampaknya, kami terpaksa bertolak ansur dan gabungkan konsep diimpikan bersama. Contohnya, Awal, pakai persalinan songket dan saya pula kebaya renda moden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan