Khamis, 5 April 2012

ISU GAY: TALHA KINI LEBIH WASPADA

Gara-gara gambar memeluk seorang lelaki yang tersebar di alam maya hingga menggambarkannya seolah seorang 'gay', pelakon Talha Harith mengakui dia kini akan lebih berwaspada.

Menurut Talha, 'pisang tidak akan berbuah dua kali' dan dia tidak akan mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya hingga disalahertikan seperti itu lagi.

"Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) saya yang dijadikan sebagai gambar profil sahaja kerana saya menyukai gambar sedang senyum.

Gambar yang menjadi kontroversi - klik untuk imej besar...




"Tapi tidak sangka pula seseorang telah mengambilnya untuk menyebarkan ia kepada pihak media bertujuan untuk memburukkan nama saya tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik foto berkenaan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media semalam.

Lebih membuat Talha terkilan ialah apabila sebuah akhbar mingguan turut memaparkan gambarnya itu yang sedang memeluk seorang lelaki dengan erat hingga menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif segelintir pihak.

Menurut pelakon yang popular melalui drama Juvana dan Tanah Kubur itu, dia tidak tahu siapa yang menyebarkan gambar tersebut kerana dia tidak akan menerima orang yang tidak dikenali sebagai kenalannya di BBM. Tambah Talha, gambar itu sebenarnya diambil bersama seorang pelakon lelaki semasa mereka menyertai sukaneka pada program Extravaganza MyTV3 Out baru-baru ini.



"Permainan yang kami masuk itu memerlukan saya didukung olehnya dan apabila gambar itu saya gunakan di BBM yang tidak menampakkan keseluruhan bahagian foto, ia seperti saya memeluk lelaki berkenaan dengan erat.

"Tambahan pula semasa gambar itu diambil ramai ahli MyTV3 berada di situ untuk sama-sama menyertai program terbabit dan tidak mungkin saya nak buat hal di tempat terbuka.

"Saya dan ahli keluarga sangat rapat dan mereka lebih mengenali saya daripada orang lain. Jadi apabila mereka baca laporan itu mereka hanya ketawa kerana tahu cerita berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Saya boleh tunjuk gambar sebenar kepada wartawan jika mereka berjumpa dengan saya tetapi untuk mendedahkan gambar itu kepada media rasanya tidak kerana ingin menjaga nama baik rakan artis yang mendukung saya," tambahnya bersungguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan