Khamis, 5 April 2012

.... Dalam Botol (18SX)


.... Dalam Botol (18SX)

Filem : Anu Dalam Botol (18SX)
Tarikh Tayangan : 24 Mac 2011
Pelakon: Wan Raja, Arja Lee, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid
Pengarah: Khir Rahman

Anu Dalam Botol 18SX

Sinopsis Anu Dalam Botol (18SX)

Filem Anu Dalam Botol ini mengisahkan percintaan lelaki gay, bisex dan penukaran jantina. Difahamkan cerita ini diilhamkan berdasarkan kisah benar seseoarang.Pemuda tersebut masih hidup lagi dan dia telah mendedahkan segala-galanya. Malah 'anunya' itu masih tersimpan dalam botol atau balang kecil di rumahnya.
Anu Dalam Botol 18SX
Matlamat filem ini dibuat supaya dijadikan iktibar dan pengajaran kepada masyarakat terutama kesan buruk apabila manusia sanggup menukar jantina demi mengejar sebuah cinta yang mustahil.Nantikan kemunculan filem ini yang mungkin akan ditayangkan di pawagam awal tahun hadapan.
Anu Dalam Botol 18SX
Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby. Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, perhitungan Ruby itu telah salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita sekali gus menyingkir kan Ruby dari hidupnya.
Anu Dalam Botol 18SX
Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi. Namun Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.

Jangan lupa saksikan …dalam botol di pawagam berhampiran anda.

Anu Dalam Botol 18SX

Perlakuan dalam filem tak sesuai dan ditegah agama (berita harian)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak bertanggungjawab meneliti adegan bogel yang dilakonkan oleh seorang pelakon lelaki dalam sebuah filem tempatan.
Anu Dalam Botol 18SX
Katanya, perlakuan itu sama sekali tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan norma masyarakat serta ditegah dalam agama Islam walaupun ia bertujuan untuk menyedarkan masyarakat. “Orang sudah membuat filem sejak beratus tahun ,tak memerlukan kepada keadaan itu (berbogel) untuk memberikan pengajaran ..., (Tan Sri) P Ramlee sudah banyak buat filem pun tak pernah buat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini semalam.

Anu Dalam Botol 18SX
Dalam laporan sebuah akhbar kelmarin, seorang pelakon, Arja Lee, 27, mengaku beliau berbogel dalam sebuah adegan filem bertajuk ... Dalam Botol yang mengisahkan mengenai seorang lelaki menukar jantina dengan melakukan pembedahan alat sulit.

Jamil Khir berkata, pihaknya akan meneliti sama ada untuk memberi peringatan ataupun membuat tindakan sewajarnya terhadap pelakon filem itu yang membuat pengakuan terbuka bahawa beliau berbogel untuk menjayakan adegan ‘panas’ itu walaupun diberi pilihan oleh pengarah filem berkenaan.

Anu Dalam Botol 18SX

Anu Dalam Botol (18SX)

FILEM ...Dalam Botol arahan Khir Rahman yang pernah mencetus kontroversi, akhirnya lulus bersih tanpa sebarang potongan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Perkembangan ini dimaklumkan produser Raja Azmi Raja Sulaiman kepada Rap kelmarin sebaik saja beliau mendapat sijil yang sah daripada pihak terbabit. Bagi Raja Azmi, berita itu disifatkan sebagai hadiah yang sangat bermakna sempena Aidilfitri kali ini. "Saya sebenarnya mendapat tahu mengenai kelulusan itu selepas 1 Syawal lalu.
Anu Dalam Botol 18SX
"Cuma baru hari ini (kelmarin) saya mendapat sijil kelulusan yang sah daripada LPF. Alhamdulillah, filem terbitan saya itu lulus bersih dan diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas. "Pada mulanya saya memang risau kalau-kalau ada beberapa babak penting dipotong memandangkan ia mencetuskan kontroversi. Namun saya terharu kerana pihak LPF bersikap terbuka dan memandang ia sebagai satu hasil seni bersifat artistik. "Bagi saya inilah hadiah yang sangat bermakna selepas Ramadan lalu saya berdepan dengan dugaan terbesar apabila ditahan dalam lokap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan