Rabu, 4 April 2012

Foto Bogel Menantu Gaddafi Mulai Bermunculan..


Foto Bogel Menantu Gaddafi Mulai Bermunculan..


KEHIDUPAN mewah yang dilakoni keluarga Gaddafi terlihat dari foto-foto (antara contohnya gambar di atas) isteri salah satu puteranya. Tidak menghairankan bila dapat hidup mewah. Gaddafi adalah pemimpin otoriter Libya selama lebih dari 30 tahun tentunya boleh dapatkan apa saja yang diinginkan. Kini foto-foto seksi bermunculan setelah ditemukan dari sebuah laptop.

Foto seksi menantu Muammar Gaddafi adalah pos berpakaian dalam wanita, di sebuah di hotel mewah selama tirani kekuasaan Gaddafi. Dalam foto-foto tersebut yang ditemukan di laptop milik anak Gaddafi, Hannibal- 36 tahun. Iisterinya yang berdarah Lebanon, Aline Skaff dan Hannibal berpesta di sebuah jet pribadi, di kapal pesiar di lepasi pantai Mesir dan di beberapa foto mereka dikelilingi oleh alkohol yang dilarang di Libya.

Pasangan ini terkenal kerana memprovokasi ketegangan diplomatik dengan Swiss ketika mereka ditangkap pada 2008 di sebuah hotel mewah di Genewa dengan tuduhan menyerang dua mantan pelayannya. Setelah jatuhnya kekuasaan Gaddafi bulan lalu, seorang pengasuh anak asal Ethiopia juga mengatakan ia telah dipukuli dan dibakar parah, semasa bekerja untuk pasangan ini.

Foto-foto tidak bertarikh ini menunjukkan perjalanan mewah mereka ke Paris, Roma dan resort Sharmel-Sheikh di Mesir. Mereka terbang dengan jet pribadi, bersantai dengan pakaian renang di kapal pesiar mewah dan berbelanja di butik mahal. Foto lain menunjukkan mereka tinggal di kamar hotel mewah, menyelam dan mengunjungi kebun binatang Tripoli.

Gaya hidup mewah keluarga Gaddafi ini yang menyulut kemarahan warga Libya sehingga banyak demonstrasi terjadi. Hannibal dan keluarganya melarikan diri ke negara tetangga Aljazair setelah jatuhnya Tripoli. (IH)

Ni, Pakai Pakaian, Macam Tak Pakai..


Ni, Pakai Pakaian, Macam Tak Pakai..






Berpakaiaan beginikah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat manusia, sebagai 'berpakaian tetapi bogel'? Pakaian yang dilarang oleh tabi'e manusia berbudaya dan berakhlak mulia..

Abby Abadi ‘Terkena’ Sihir Pulak ?


Benarkah Abby jadi mangsa perbuatan khianat ?
PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.
Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.
“Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.
“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasihdan Mulanya Di Sini,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.
Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.
Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.
“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.
“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.

Terkilan dengan Zul
Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.
Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.
Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.
“Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.
“Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada,” tuturnya.
Dalam pada itu, Abby dan Zul masih lagi berhubung kerana terdapat urusan yang masih lagi belum selesai di antara mereka.
“Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.
“Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat ‘comeback’ dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim,” katanya.

Gambar Lina hangat Yang ‘Hangat’ Kot ?


Gambar Lina hangat Yang ‘Hangat’ Kot ?

Penyanyi zaman sekarang memang kreatif. Ala-ala Lady GaGa gitteww. Sentiasa menginovasi kan persembahan supaya lain dari lain dan kekal dalam ingatan orang ramai. Agaknya kot? Berikut dipaparkan gambar-gambar Leina Hangat yang telah dikeluarkan oleh blog Dari Dapur Kak Jee dua hari lepas. Amacam, kreatif? Inovatif? Setanding persembahan Lady Gaga tak?
Photobucket
Dan sebenarnya Abang Nara ada menerima email daripada seorang pembaca yang menghadiri majlis di atas:-
Assalamualaikum abang Nara. Seperti mana tajuk email ini, begitulah isi kandungannya. Saya tak mahu mengulas panjang tapi, abang nara lihatlah kebenaran pada gambar gambar ini. Saya faham dia penghibur, tapi persoalannya apa perlu berkelakuan ghairah sebegitu? Kawan kawan yg bukan muslim yang hadir ke majlis ini majoritinya mempersendakan kami dek kerana perlakuan si penyanyi ini. Sungguh memalukan. Sudahlah pakaiannya sebegitu rupa ditambah pulak dengan adegan menggesel bontot pada kemaluan lelaki lain berpelukan rapat tak kira siapa melagakan buah dada dibadan lelaki aksi split di atas pentas dgn skirt yg amat mini
sampai ke tahap itu kesanggupannya atas lesen menghibur? Keji! Memualkan! Tujuan saya menghantar kepada abang nara bukan hendak memalukan si artis, tapi peringatan kepada semua.
Mungkin dengan cara ini Leina yang suam-suam kuku akan kembali hangat. Lagi 5 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Amacam hangat ke tak hangat ?
Apa tindakan dari pihak berautoriti? Ada garis panduan berpakaian?

18SX: Tengah Sedap ‘Asmara’ Orang Ambil Gambar


18SX: Tengah Sedap ‘Asmara’ Orang Ambil Gambar



Maksiat dalam kereta
KUANTAN – Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetulan berada di kawasan itu.
Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.
Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetulan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.
Sh
Nota: Ini dah kira kes berat bro, sampai tak dak perasaan malu. Baik kawin cepat cepat beb lagi bagus.

syabas-jcassandra-mohon-cerai


Bro ! Apsal mohon cerai ? 'ayor' tak cukup ker ? Foto dan sumber rembat dari fesbuk Yob Tualang Sekah.


Wak BARA : Lawa sungguh J.Cassandra ni..! Tapi yeop..apa ler guna 'lawa' dan 'cantik' kalo hidup menyusahkan ramai orang..rujuk kepada lakinyer ler..! 37% tarif tu tinggi yeop..! 

Hot : Huruf Alif digantikan dengan 1malaysia. - Mesti sebar!


Hot : Huruf Alif digantikan dengan 1malaysia. - Mesti sebar!


Makin lama makin meroyan + sasau + merapu + mengarut. Jika semalam ada orang meroyan mensejarahkan tandas yang pernah digunakan oleh piem, kali neh kesasauan datang dari ahli2.. err ahliapa ek? Hahaha.. aku taktau ahli apa, aku labelkan dorang ahli pro 1 malaysia boleh? Nak tahu apa yang dorang buat?

Lihat gambar bawah neh ;


Ada member facebook inform kat aku.

Lihatlah sendiri gambar kat atas neh beb. Bukan super impose geng. Aku mempercayai orang yang bagi info neh kat aku, siyes. Takde sebab ai dorang nak menipu seme tue. Lihat bebaik gambar kat atas neh.

Ada crown dan mewarnakan ia lagi seakan2 menyerupai logo 1malaysia. Aisehmen. Aku pun tak faham lah mentaliti dorang neh macam mana. Siyes. Tak perlu beb nak taksub bagai neh seme. Masih ingat kes songkok? Tue lah akibatnya bila terlalu jauh.. umno dan bien tue manusia biasa jek. Logo 1 malaysia tue lagi lah benda yang biasa2. Korang tak perlu buat seme neh. Dan yang paling penting tak perlu nak mensatumalaysiakan pula huruf2 Alquran.

Dan, cuba fikir ke dalam sikit. Kalau alif = 1 = bukan kah makna sebenar dia sepatutnya telah berubah?

1 = nombor.

Alif = sebutan.

Faham tak?

Bersama gambar di atas, dia berikan aku link jawapan ustaz, lihat kat bawah neh ;

Lokasi dah dinyatakan. Sapa2 nak saksikan depan mata boleh lah melawat ke lokasi kejadian. Peh. Ini betul2 taksub gila sawan neh. Siyes. Apa pun nak satu malaysia. Tak boleh blah betul.

Awek Mempersendakan Tudung Telekong


Awek Mempersendakan Tudung Telekong

Menggeleng kepala bila tengok gambar sebegini yang mana awek ini sengaja mempersendakan tudung telekongDengan sengaja menunjukkan tangan serta aksilucah sebegini dan dengan sengaja juga mengupload gambar sebegini ke facebookmereka:


Photos Indonesia Woman cute Posing


Photos Indonesia Woman cute Posing



Photos Indonesia Woman cute Posing

Kerja apa nak Ajis...Kerja saya merbahaya pakcik.. siang malam tak boleh tido



Ini bukan main-main, pakcik...Ini betul-betul...
gosok gigi harimau .... gaji basic RM1700 + OT = RM2100..................Byk tuuu............. Ingatkan Pendekar Bujang Lapok saje je buat citer.. rupanya mmg ada jawatan tu.... hehehehe  



Agnes Monica meninggal


Agnes Monica meninggal

JAKARTA: Gosip mengatakan penyanyi, Agnes Monica meninggal dunia kecoh di laman Twitter. Sebuah blog menyatakan Agnes meninggal 28 Mei lalu jam 11 pagi. Bagaimanapun, laporan itu nyata tidak benar.

Agnes memang dirawat di hospital sejak beberapa hari lalu. Dia mendapat rawatan kerana mengalami kecederaan di punggung ketika berlatih. Khabar mengatakan Agnes meninggal dunia hanya gosip kerana penyanyi itu kini beristirahat di kediamannya.

“Hari ini sudah boleh keluar dari hospital,” tulis Agnes di laman Twitter, semalam.

Penyanyi lagu hits ‘Teruskanlah’ itu sekadar tertawa ketika mendengar gosip mengatakan dia sudah meninggal dunia. “Memang benar saya sudah ‘meninggalkan’ hospital,” tulisnya berjenaka kepada rakannya, Edric Tjandra. -DH

Ibu tidak terperanjat artis bergaya tanpa seluar dalam


Ibu tidak terperanjat artis bergaya tanpa seluar dalam



Maria Joseph, ibu pelakon Sheila Marcia, berkata dia tidak terperanjat apabila mengetahui gambar seksi anaknya itu disebar di Internet.

Malah, dia membuat keputusan untuk tidak mengambil berat perkara itu.
“Saya tak mahu komen fasal gambar itu,” katanya, semalam.

Maria percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang membenci Shiela.

“Kasihan mereka kerana mereka hanya mengotorkan hati mereka sendiri,” katanya.

Gambar seksi Sheila Marcia dimuat naik dalam laman Twitter oleh pemegang akaun yang menggunakan nama samaran @Neen_martha dan beberapa kali menyebut nama Sheila.

Dalam gambar itu, Sheila dilihat bergaya di dalam bilik air tanpa memakai seluar dalam.

Ada juga gambar di mana dia bergaya di atas sinki. - Detikhot

awek-bertudung-stunt-woman


ILIA bersedia melakukan lagak ngeri Merry Go Round.

BERBEKALKAN sebuah motosikal kapcai berkuasa 110cc, gadis berusia 26 tahun ini mampu memukau penonton dengan pelbagai aksi lagak ngeri.

Sedikit pun tidak nampak kekok, Ilia Iryani Shuib berjaya mengawal motosikal seberat hampir 100 kilogram tersebut sama seperti sedang bermain basikal.

Aksi-aksi lagak ngeri yang dinamakan sebagai Jet Ski, Chainsaw, Merry Go Round dan 12 O’Clock itu mudah sahaja dilakukannya.

Secara fizikal Ilia Iryani bukanlah seorang gadis kasar. Sukar untuk mempercayai bahawa seorang gadis bertudung dapat mempamerkan aksi yang jarang dilakukan wanita Melayu itu.

Biarpun motosikal kapcai mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding jentera berkuasa besar, baginya penggunaan motosikal daripada jenis tersebut memberi cabaran yang lebih besar.

“Melakukan aksi stunt dengan motosikal berkuasa kecil sebenarnya lebih sukar berbanding motosikal berkuasa besar.

“Motosikal biasa ini direka untuk pemanduan di jalan raya sahaja berbanding superbike yang digunakan untuk memandu laju dan dilengkapi ciri-ciri untuk aksi stunt,” terang gadis berbintang Scorpio ini.

Pada mulanya Ilia tidak begitu menggemari sukan tersebut, apatah lagi dia hanya mahir menunggang motosikal setelah berusia 22 tahun.

Namun, dia mula jatuh cinta dengan aktiviti lagak ngeri bermotosikal ketika menuntut dalam tahun satu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

“Secara kebetulan saya menjadi ahli jawatankuasa penganjur pertandingan skuter dan ditugaskan untuk mendapatkan penajaan. Semasa mengunjungi pejabat syarikat motosikal RKM, saya telah ditawarkan untuk belajar melakukan lagak stunt itu.

“Sebenarnya saya agak takut kerana tidak pernah meminati bidang itu. Tetapi setelah mencuba, ia memang memberikan saya kepuasan,” ujarnya yang membeli sebuah skuter Yamaha Ego S sebaik sahaja memperoleh lesen B2 empat tahun lalu.

Dalam tempoh dua tahun melakukan latihan bersama RKM, pelbagai aksi lagak ngeri bersama motosikal kapcai menjadi mudah di tangannya.

AKSI Jet Ski yang dilakukan Ilia dalam filem Adnan Sempit 2.

GP Sepang

Ilia mengikuti latihan di bawah seorang jurulatih bertauliah apabila mempunyai kelapangan daripada jadual kelas. Latihan sejak tahun 2008 hingga 2009 itu telah mematangkan Ilia dalam bidang tersebut.

Sebagai seorang wanita bertudung yang menyertai sukan lasak seperti itu, Ilia pasti berdepan dengan cemuhan.

“Ada yang menggelarkan saya sebagai ‘rempit bertudung hina Muslimah’ selepas terlibat melakukan aksi stunt dalam filem Adnan Sempit 2.

“Tapi selagi saya tidak melanggar undang-undang mahupun batasan syariat, saya akan meneruskan minat saya ini,” katanya yang sering terjatuh ketika melakukan latihan.

Ilia pernah membuat persembahan aksi lagak ngeri bermotosikal semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Sepang pada tahun 2009.

“Ramai penonton luar negara tidak percaya bahawa wanita bertudung mampu melakukan aksi stunt motosikal,” ujar anak ketiga daripada enam adik-beradik ini.

Kini minatnya yang mendalam dalam sukan tersebut menambahkan lagi kecintaannya terhadap jentera itu.

Bagi gadis kelahiran Seri Kembangan, Selangor ini, menunggang motosikal merupakan pilihannya berbanding kereta.

“Banyak kelebihan menunggang motosikal. Saya tidak perlu bersesak-sesak dengan kenderaan lain semasa kesesakan lalu lintas. Jadi saya lebih suka menunggang motosikal untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana.

“Lagipun motosikal lebih mudah dikawal berbanding memandu kereta,” ujarnya yang kini berusaha mendapatkan lesen memandu kereta.

Biarpun hebat beraksi dengan jentera dua roda itu, Ilia tidak mahir mengenai selok-belok enjin kenderaan itu.

“Kalau motosikal saya rosak di tengah jalan, saya akan panggil mekanik sahaja. Saya tidak pandai membaiki motosikal, hanya tahu tunggang,” ujarnya sambil ketawa.

AJK UMNO Dicekup Dengan Gadis Bawah Umur


AJK UMNO Dicekup Dengan Gadis Bawah Umur

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite/karatejau

Gadis Dipukau, Dicabul Depan Lif


Gadis Dipukau, Dicabul Depan Lif


Pukau, cabul gadis depan lif

AMPANG: Seorang lelaki mencabul seorang gadis selepas memukaunya, tengah hari kelmarin. Gambar fail

Lelaki berusia 40-an itu pada mulanya menyapa mangsa sebelum memukau dan merabanya selain meminta wang.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila lelaki terbabit menunggu mana-mana gadis di hadapan lif tingkat bawah sebuah pusat beli-belah, di sini.

“Mangsa yang bekerja di tingkat atas pusat beli-belah itu keluar pejabatnya untuk makan tengah hari. Sebaik mangsa tiba di tingkat bawah, mangsa disapa lelaki terbabit yang berbadan gempal.

“Lelaki itu menyapa mangsa konon dapat melihat tuah pada wajahnya. Seterusnya lelaki itu meminta tangan mangsa untuk ditilik,” katanya.

Beliau berkata, selepas mangsa menyerahkan tangan kanannya, dia berasa seperti dipukau apabila membiarkan saja diperlakukan lelaki terbabit.

“Lelaki itu meraba kemaluan dan payu dara mangsa selama beberapa minit. Selepas puas meraba, lelaki terbabit menyuruh mangsa naik ke pejabatnya semula dan mengambil wang tunai untuk diserahkan kepadanya,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. -hm