Khamis, 5 April 2012

Aliff Aziz dan Anne Ngasri Mengaku Hangat Bercinta


Percintaan 3 Segi antara Aliff Aziz, Anne Ngasri dan Zarina Anjoulie Lavocah kini berakhir apabila Aliff Aziz baru-baru ini telah mengaku bercinta dengan Anne Ngasri.Kontroversi yang telah tercetus antara Aliff Aziz dan Zarina Anjoulie telah membuatkanZarina Anjoulie Lavocah ’putih mata’ apabila Aliff Aziz memilih Anne Ngasri yang dikatakan menjalin hubungan intim sebulan yang lalu.
“Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik.
“Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan,” –Aliff Aziz
Penyanyi yang berasal dari Singapura ini juga memberitahu sejak mengenali Anne Ngasri, beliau adalah seorang wanita yang baik dan selalu mengambil berat pasal Aliff semenjak berhijrah ke Kuala Lumpur.
Apa-apa pun itu hak mereka berdua nie nak memilih pasangan hidup dan jangan tunggu lama-lama, kahwin cepat-cepat supaya takde dah gossip-gossip buas dan liar lepas nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan