Khamis, 5 April 2012

Larangan Tidur Meniarap


Assalamualaikum dan salam ukhwah ucapan untuk para pembaca dan pengunjung sekalian. Hari ini aku nak bawa anda semua mengetahui tentang larangan tidur meniarap seperti dalam hadis Nabi S.A.W.. Perkara ini memang ada yang melakukannya dan mungkin ada yang sudah tahu berhubung dengan larangan tersebut. So, kali ini aku cuma nak berkongsi dengan kawan-kawan sekalian tentang larangan tidur meniarap. 

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)



Ada juga orang berkata yang tidur meniarap ini umpama berzina dengan syaitan. Hal ini aku kurang pasti sebab aku bukannya pandai hal-hal agama. So kalau sesiapa yang tahu tentang hal ini silalah berkongsi di ruangan komen. Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan