Khamis, 5 April 2012

mr-bean-jadi-pocong-filem-indonesia

\

Pelawak terkenal siri komedi “Mr Bean”, Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.

Depe nyata gembira kerana berpeluang berlakon dengan pelawak terkenal Rowan Atkinson.

“Ya, sekarang ini saya tengah buat penggambaran untuk filem terbaru. Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berlakon bersama dengan Rowan Atkinson,”ujar bekas isteri Saipul Jamiell kepada KapanLagi.
Depe turut memberitahu bahawa filem ini akan diberi judul “Mr Bean Kesurupan Depe”.

“Dalam filem ini nanti, Rowan memegang watak sebagai pocong. Kebetulan anak saya, Gabriel sangat suka pada Rowan. Jadi ini adalah peluang untuk saya berlakon bersama dia,”kata Depe.

Sementara itu, ketika Depe ditanya tentang berapa jumlah bayaran yang dikeluarkan penerbit filem, KK Dheraj untuk mendapatkan Rowan Atkinson untuk ke dunia filem Indonesia, Depe enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.GEMPAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan