Khamis, 5 April 2012

Pelajar Asing Buat Hubungan Seks Tepi Surau!!!


Pelajar Asing Buat Hubungan Seks Tepi Surau!!!


Salam sejahtera... Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat. Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia curiga selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang. “Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.


p/s: buat onar di negara orang, dah wajib kena halau ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan