Panas...!!
Penceraian sudahpun berlaku, tetapi cerita di belakang tabir masih terus berputar di beberapa laman blog dan laman sembang. Apa yang panas mengelegak ialah apabila bekas isteri Hattan iaitu Farah Asyikin didakwa bersosial sebelum kahwin hingga timbul fitnah beliau menggugurkan kandungan.
Berikut disiarkan artikel yang dipetik daripada sebuah blog yang mendakwa mendapat gambar seiras Farah sedang berbaring di atas katil bersama seorang lelaki. Dakwa blog itu lagi, mereka tidak pasti gambar tersebut diperolehi melalui blog rasmi Farah sendiri atau blog orang lain.
Gambar yang kononnya mirip Farah yang disiarkan oleh laman wassupz
"Semasa kami mencari infomasi mengenai bekas isteri Hattan, Farah Asyikin Othman tiba-tiba kami temui satu blog yang menampilkan beberapa gambar seorang wanita yang seiras Farah Asyikin. Terdapat juga satu gambar di mana Farah Asyikin bergambar dengan seorang lelaki di katil. Panas juga gambar ini.
"Kami tidak pasti sama ada blog tersebut merupakan blog peribadi Farah Asyikin atau orang lain yang tiada kaitan dengan Farah Asyikin, namun selain gambar, terdapat juga satu entri dimana menceritakan bahawa dirinya telah mengandung dan pergi ke Singapura untuk proses pengguguran," jelas blog wassupz membuat gosip yang kelihatannya agar liar.
Namun persoalannya, jika benar ia blog Farah... takkan beliau mahu menjelaskan dengan terperinci bahawa beliau menggugurkan kandungan? Memang pelik dan tak masuk akal jika gambar tak senonoh seperti itu diletakkannya di situ untuk tontonan umum..!
Apa-apapun kita harap gosip sebegini tidak terus memburukkan nama Hattan dan bekas isterinya kerana mereka telahpun selamat bercerai. Cerita apapun yang berlalu di sebalik penceraian tersebut, kita harap ia tidak seburuk yang disangka kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah.
Harapan kita, moga mereka berdua tabah menghadapi cubaan dan dugaan ini. Amin.!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan