Khamis, 5 April 2012

Doktor Malaysia didakwa atas serangan seksual...haduhai...


Doktor Malaysia didakwa atas serangan seksual...haduhai...

MELBOURNE : Seorang doktor berasal dari Malaysia didapati bersalah bagi dua tuduhan melakukan serangan seksual terhadap wanita diAdelaide.

Mahkamah Majistret Elizabeth minggu ini mendapati Dr Mohd Zaki Ibrahim, 36,melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun yang sama.

Seorang jurucakap mahkamah memberitahu Bernama bahawa kes itu ditangguhkanke 27 April untuk pembentangan hujah.

Doktor berkenaan, pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai bekerja di sebuah pekan di Australia Selatan, sebelum bepindah ke Elizabeth di Adelaide bersama keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan