Khamis, 5 April 2012

Justin Bieber dituduh Hamilkan Peminat


LOS ANGELES: Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater.
Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.
Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.
“Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.
“Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan,” ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan