Jumaat, 6 April 2012

Skandal Ifa Raziah dengan kumpulan lawak Singapura...


Sebuah portal hiburan melaporkan, penyanyi dan pelakon seksi Ifa Raziah telah dilabelkan sebagai pengkhianat negara oleh sesetengah pihak apabila dia menyertai kumpulan pelawak dari Singapura untuk bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) baru-baru ini.

Akibat daripada tohmahan itu, mungkin ramai yang tidak tahu Ifa sebenarnya terkilan dan tertekan dengan perkara itu. Jelas Ifa, tuduhan itu terlalu berat kerana dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk mengkhianati negara.

“Saya rasa tidak salah berkolaborasi dengan kumpulan dari Singapura. Bukan niat untuk mengkhianati negara. Tuduhan itu terlalu berat. Mungkin ada peminat yang tidak boleh terima saya sebagai pelawak.

"Saya rasa tertekan dengan tohmahan itu sehingga saya jatuh sakit. Saya terpaksa tolak banyak undangan menyanyi kerana kesihatan tidak mengizinkan. Buat apa saya terima kalau suara saya tidak keluar,” ujar Ifa ketika ditemubual oleh Melodi.

Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga menjawab desas-desus yang mengatakan dia terkena ‘buatan orang’.

“Saya pun tidak pasti sama ada betul atau tidak. Saya memang sakit dalam tempoh yang agak lama. Tapi bermula bulan tiga lalu saya sudah semakin pulih. Saya sudah mula bekerja semula dan rasa makin sihat,” ujar Ifa.

Dalam perkembangan lain, Ifa juga sempat mengulas tentang dakwaan yang mengatakan dia suka ‘mencaras’ atau mengambil peluang orang lain dalam industri hiburan ini.

“Sebenarnya caras-mencaras ini adalah perkara biasa dalam industri. Tapi saya memang tidak pernah mencaras sesiapa,” ujar Ifa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan