Kalau hendak disenaraikan berita hiburan paling panas dan sensasi sepanjang tahun 2011, memang panjang berjela rasanya. Al-maklumlah, industri hiburan tanahair kita ini tidak pernah sepi dengan kisah-kisah kontroversi.
Namun, sebagai melengkapi artikel Kata GUA 2011, berikut merupakan lima rangkuman berita hiburan yang paling hangat diperkatakan ramai sepanjang tahun ini.
1. Kemenangan Ana Raffali Di AJL25
Pelantun lagu “Tolong Ingatkan Aku”, Ana Raffali membuka tirai dunia hiburan tempatan dengan kontroversi kemenangannya sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), 9 Januari lalu. Kemenangan Ana ternyata mengejutkan ramai peminat seni tanahair, di mana rata-rata daripada mereka mempertikaikan kemenangannya serta menganggap lagu ini tidak layak diangkat sebagai juara.
Kebanyakan pihak meramalkan lagu Faizal Tahir (“Hanyut”) ataupun Yuna (“Cinta Sempurna”) yang layak menjulang trofi tersebut. Walau bagaimanapun, pandangan mereka dengan juri profesional ternyata amat berbeza sama sekali.
Ketua juri, Dato’ M. Nasir menegaskan mereka memilih juara AJL25 berdasarkan kualiti dan bukannya populariti lagu tersebut. Beliau menganggap lagu Ana layak menang pada malam tersebut kerana ia bagus serta lain dari yang lain. Biarpun berita ini sudah reda, namun kontroversi ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej anugerah berprestij yang berusia suku abad ini.
2. Trofi Yuna Ditarik Balik
Jika tadi kemenangan Ana dipertikaikan di AJL25, namun lain pula yang menimpa penyanyi lagu, “Dan Sebenarnya”, Yunalis Zarai. Trofi Lagu Terbaik yang dimenangi menerusi lagu “Penakut” di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) telah ditarik balik, gara-gara kesilapan dalam sistem penjurian.
Berita ini mengejutkan ramai pihak apatah lagi ia pertama kali berlaku dalam sejarah AIM yang sudah memasuki 18 tahun penganjurannya itu. Difahamkan, perkara ini berlaku gara-gara kesilapan dalam proses pengiraan undi yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi, Ernst & Young.
Dengan penarikan tersebut, trofi Lagu Terbaik telah diberikan kepada lagu “Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Bagi Yuna, apa yang berlaku tidak membuatnya serik atau malu untuk bertanding pada AIM akan datang.
3. Kontroversi T*t*k Miera Liyana & Zarina Anjoulie
Selain isu kemenangan artis dipertikaikan, kisah artis yang tampil dengan gaya seksi dan terlampau juga merupakan antara penyeri berita hiburan paling hangat pada tahun 2011. Antara berita yang paling tidak dapat dilupakan ialah kontroversi t*t*k Miera Liyana dan Zarina Anjoulie.
Nama pelakon Miera Liyana terus melonjak naik gara-gara memakai gaun yang mendedahkan sisi payudaranya ketika di Majlis Malam Gala Rafflesia & Mandalay. Menurut teman wanita Shahz Jaszle ini, dia memakai gaun tersebut kerana ingin menampakkan kelainan. Wow! Hebat sungguh! Dan ekoran berpakaian menjolok mata, pelakon ‘Kamelia Katrina’ ini dihentam teruk oleh ramai pihak.
Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah pula memang gemar mencipta kontroversi. Selepas beberapa kontroversi yang dicetuskan, pelakon berusia 24 tahun ini sekali lagi menggemparkan industri seni tempatan, di mana kali ini dengan foto-foto seksinya di majalah FHM Indonesia keluaran Oktober.
Tidak rasa bersalah dengan pengeluaran foto-foto yang menampakkan sebahagian t*t*knya, Zarina memberitahu beliau tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Wanita ini juga mengakui sudah tidak kisah jika ada pihak yang mengutuk dirinya.
4. Marsha Kahwin, Bunuh Diri?
Penyanyi kelahiran Sabah ini pernah mengejutkan industri hiburan tempatan dengan berita perkahwinan rahsianya pada pertengahan tahun lalu. Marsha Milan Londoh dikatakan telah berkahwin secara rahsia pada 19 Jun di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Berita ini tercetus apabila gambar perkahwinannya telah tersebar dengan meluas di Internet. Walau bagaimanapun, berita ini hanyalah gimik di mana ia sebenarnya adalah rakaman untuk klip video lagunya, “Bila”.
Tidak lama selepas itu, gadis berusia 28 tahun ini sekali lagi menggemparkan dunia hiburan apabila dikatakan cuba membunuh diri dengan menelan sebanyak 30 biji pil. Ada desas-desus mengatakan Marsha cuba membunuh diri akibat tertekan selepas putus cinta. Ada juga yang mengatakan Marsha bertindak sedemikian kerana marahkan teman lelakinya yang mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.
Selepas beberapa minggu mendiamkan diri, Marsha akhirnya tampil membuat sidang media serta menafikan dia cuba membunuh diri. Menurut Marsha, dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas rebah di parkir kediamannya akibat mengalami tekanan darah rendah.
5. Namewee: F*ck You
Selepas mencetuskan kemarahan masyarakat menerusi video lagu “Negarakuku” dan beberapa lagi karya kontroversi yang tersebar di laman Youtube, nama Namewee sekali lagi menjadi bualan hangat apabila beliau muncul dengan video terbaru bertajuk, ‘Namewee F*ck Utusan’ pada September lalu.
Difahamkan, video selama 2 minit 43 saat itu dimuat naik kerana Namewee ingin meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang wartawan Utusan yang telah mengeluarkan rencana bertajuk, ‘Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee’.
Rencana tersebut menyiarkan pandangan penulis yang tidak mahu menonton filem ‘Nasi Lemak 2.0′ walaupun diberikan tiket percuma kerana Namewee selaku pengarah serta penulis skrip filem tersebut telah banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan