Jumaat, 6 April 2012

bukan 4 isteri tapi 13 orang cek oi


ahmad
SHAH ALAM - Seorang lagi bekas pengikut ajaran sesat ini, Kamal (bukan nama sebenar), 32, memberitahu,dia mula mengikut aktiviti Ahmad sejak 2004 dan dibuang kumpulan itu kerana dikatakan tidakmenerima ajarannya dengan ikhlas.


Menurutnya, dia mula menyedari ajaran Ahmad terpesong selepas lelaki itu gemar duduk di atas al-Quran setiap kali berceramah menyebabkan dia mula sangsi dengan Ahmad.
“Dia menyamakan dirinya sebagai wali dan boleh bercakap serta berunding dengan ALLAH mengenai banyak perkara selain sering ke langit bertemu Nabi,” katanya.


Kamal berkata, setiap kali menerima gaji, kesemua duit gajinya diserah kepada Ahmad sebagai ‘infak ‘ ke jalan diredai ALLAH dan semua pengikutnya turut berbuat perkara sama.


“Sudah empat generasi menuntut ajarannya yang dikatakan membawa ahli ke syurga.


“Apa saya faham, ‘100’ adalah daripada ‘99’ nama ALLAH dan ‘1’ mewakili namanya yang menggenapkan kesempurnaan nama ALLAH dan disebabkan itu timbul Ahmad 100,” katanya.


Menurutnya, Ahmad juga menggelar dirinya Raqim (orang yang boleh memimpin dunia dan akhirat) dan menganggap sifat dan pergerakan dirinya adalah pergerakan ALLAH.


Sepupu pelik ajaran makin terpesong Muhd Hasnul (bukan nama sebenar), 26, yang merupakan sepupu Ahmad memberitahu dia pada mulanya mengikut Ahmad untuk mendalami
ilmu agama, namun mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu selepas melihat ajarannya kian terpesong.


Ajaran Ahmad 100 dilengkapi beberapa program antaranya program kahfi (pembentukan hamba), program Yasin, program 10 surah terakhir dan program al-Baqarah.


Katanya, jika sampai kepada tahapnya seseorang itu boleh bertemu dan bercakap dengan ALLAH dan kebanyakan program kerohanian dibuat di kampung di Janda Baik, Pahang.


Di alam roh, Ahmad 100 bersolat berimamkan Nabi Muhammad dan dia sendiri turut mengimamkan tujuh kiblat di alam roh.


“Ahmad mendakwa setiap kali dia bersolat, dia memilih kiblat tertinggi Nabi Muhammad,” katanya.


Menurutnya, dia pernah beberapa kali menasihati Ahmad supaya kembali ke pangkal jalan, namun tidak diendahkan. Ahmad 100 dikatakan mempunyai pengikut dan pengaruhnya dari Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka.


Ahmad dilindungi pendekar


Sementara itu, tinjauan Sinar Harian selama seminggu di rumah ketua ajaran sesat itu di Wangsa Maju mendapati penduduk di kawasan itu rata-ratanya tidak mengenali rapat dengan Ahmad dan ajaran sesat dibawanya.


Maklumat diperoleh daripada penduduk setempat mendapati Ahmad tinggal bersama isteri dan anaknya manakala pengikutnya tinggal bersebelahan rumahnya.


Manakala, pendekar atau pengikut setia tinggal berasingan di blok depan rumah Ahmad.


Penduduk berhampiran rumah Ahmad memberitahu, dia tidak mengenali secara rapat, tetapi sering melihat Ahmad dan isterinya pulang bekerja pada lewat petang.


Katanya, di sebelah rumah Ahmad pula, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal bersama beberapa orang bujang yang lain.


“Saya tidak tahu ada gerakan ajaran sesat di sini kerana mereka seperti biasa,” katanya.


Berlainan pula kenyataan seorang jiran, Rosmanani Talib, yang pernah ternampak beberapa pasangan lelaki dan perempuan datang ke rumah tersebut.


“Kadangkala pergerakan mereka sangat mencurigakan kerana terdapat perempuan berpakaian seksi masuk ke rumah itu.


“Kesemua mereka akan masuk ke dalam rumah dengan berkasut dan kebiasaannya mereka datang waktu malam,” katanya.


Dalam pada itu, Sinar Harian ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mendapatkan maklum balas tentang aduan yang dibuat mengenai kumpulan ajaran sesat itu, namun diberitahu ia masih disiasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan