Jumaat, 6 April 2012

Pelakon Lelaki Popular Berselera Songsang


hiasan
KL, 30 MAC 2012: Murai Batu bermati-matian enggan percaya apabila seorang teman membuka cerita mengenai seorang pelakon lelaki popular yang digilai ramai ini. Katanya pelakon lelaki popular tersebut sememangnya dikenali kerana cerita-cerita cinta itu, sebenar mempunyai selera dua alam.


Senang cakap perempuan pun dia hendak, lelaki pun dia sapu. Mengucap panjang Murai Batu apabila mendengar cerita berkenaan. Kerana memang Murai Batu tidak menafikan wajahnya yang manis mampu menjadi tarikan kepada golongan wanita serta lelaki, namun Murai Batu sukar hendak percaya dia mempunyai selera sesama jenis juga.


Memandangkan pelakon lelaki popular tersebut, semua orang tahu dan kenal sentiasa dihujani dengan gosip cinta sahaja, alih-alih mempunyai selera songsang. Tetapi kata teman Murai Batu, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya pelakon lelaki popular itu berselera dua alam kerana ramai lagi di luar sana yang turut bersikap sebegitu.


Murai Batu pun tidak boleh hendak komen lebih-lebih, kalau betul seperti yang diceritakan, semoga pelakon lelaki popular tersebut sedarlah perbuatannya bukan sahaja salah bahkan akan mengecewakan hati kekasih hatinya serta peminat wanitanya kelak sekiranya diketahui umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan