Jumaat, 6 April 2012

Pengakuan Berani Mamat Sepah: Masih Cintakan Fida


Kami rasa anda semua pasti maklum yang sebelum ini Mamat yang merupakan anggota kumpulan lawak Sepah dan pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida pernah bercinta. Hubungan mereka bagaimanapun putus disebabkan Mamat secara tidak sengaja termuat naik gambar Fida yang menampakkan rambut sewaktu mereka bercuti ke Singapura ke Facebooknya, menyebabkan gambar itu tersebar dan Fida menerima kritikan orang ramai.

Anda berbakat dalam bidang seni? Pandai berlakon, berlawak, menari, menyanyi, mempersembahkan silap mata atau apa jua bakat seni? Anda berpeluang untuk mempersembahkan bakat anda pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang, hari Ahad, 25 Mac 2012 di Bazar Seni Industri Budaya, perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, di mana kami menyediakan pentas sebagai platform untuk anda menampilkan bakat anda. Anda hanya perlu walk-in! Serlahkan bakat anda dan bergembira bersama kami. Hanya di Bazar Seni Industri Budaya! “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”Like Fanpage kami untuk keterangan lanjut.
Mengikut laporan Kosmo, Mamat masih menyayangi Fida malah mereka masih berkawan baik malah ada kalanya keluar bersama.
Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik.
Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami.
Mamat turut ditanya sama ada dia merancang untuk menjalinkan semula hubungan cinta dengan Fida. Dia menjawab:-
Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut.
Setakat ini kami lebih selesa untuk berkawan sahaja dan saya anggap
dia seorang kawan yang sangat baik kerana masih mengambil berat terhadap diri saya. Malah, saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Bukan itu saja, Mamat juga tidak mahu mencari pengganti Fida buat masa ini:
Selain terpalit dengan kontroversi bersama Fida, saya juga dikatakan seorang lelaki playboy kerana sikap saya yang terlalu peramah dengan sesiapa sahaja sehingga dilabel sebegitu. Jadi, saya tidak terfikir untuk mencari teman wanita baharu dan lebih selesa dengan kehidupan sekarang.
Setahu kami Fida sudah ada teman lelaki baru selepas Mamat. Dikira pengakuan Mamat ini agak berani juga, walaupun usia hubungan mereka singkat namun sempat terpalit kontroversi. Apa agaknya reaksi Fida pada pengakuan Mamat ini? Apa pula reaksi teman lelaki Fida? Sungguh drama sekali. Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan