Jumaat, 6 April 2012

Abang Tolong Buka Kain Saya Abaaannggg ~


Adi berlari2 anak. Jarum jam menunjukkan pukul 11 malam tapi langit masih kelihatan cerah. Fikirannya jauh melayang memikirkan dileter ibunya nanti. Yela mana taknya, disuruhnya beli gula di kedai, tapi dah terserempak dengan Abu dan kengkawan yang lain.. perjalanan yang memakan masa 10 minit menjadi 1 jam. Ni semua angkara si Abu yang sibuk bercerita mengenai gadis yang dingoratnya kelmarin. Seksi katanya. Berpeluh2 si Adi mendengar Abu bercerita. Kelakiannya tercabar!
Tengah asyik berlari2 anak, Adi perasan ada seseorang mengekorinya dari belakang sedari tadi. Cuma kini rasanya lebih rapat menghampirinya seolah2 rasa hembusan nafas di balik cuping telinganya. Adi berhenti dan menoleh.. perempuan! “Abang tolong saya boleh? Tolong tanggalkan kain saya abang”, lembut tutur kata wanita tersebut.. dan yang pasti Adi terus rebah tak sedarkan diri di situ jugak.
************************
Kisah Adi tersebar ke seluruh pelosok kampung. Dia dikatakan ditemui oleh qariah masjid sewaktu mereka dalam perjalanan ke masjid. Adi kini berkurung sahaja di rumah, tak cakap sepatah haram pun mengenai kejadian pada malam tersebut. Semuanya masih berteka teki kenapa Adi bersikap demikian. Abu lah yang sibuk memukul canang di kedai kopi Wak Ajis mengatakan Adi kena pukul, tersampuk hantu la.. macam2 versi dia canangkan tapi tak tau mana satu yang betul. Bab buat cerita.. serahkan saja pada Abu. Takde tolok bandingnya lagi!
“Kalau korang nak tau, malam ni aku ada date dengan awek yang aku cerita hari tu. Haha makan asap la korang!!”, jelas riak dan takbur menitip di bibirnya menyebabkan masing2 yang berada di situ rasa jengkel. Biarlah Abu dengan labu labunya.. eh2 awek2nya.
Sambil menyisir rambutnya yang jarang2 tu.. Abu bersiul2 girang. Janjinya pada gadis tersebuat pasti takkan disia siakannya. Entah berapa ramai gadis yang tumbang di tangannya.. yang ni pun dia tak tahu yang keberapa. Ah lantaklah.. gadis kampung seberang. Apa dia peduli!
Sedang dia leka mengemaskan pakaiannya, dia terdengar suara wanita memanggil2 namanya dari luar tingkap biliknya. Jelas suara perempuan. Awek tu ke? Ai datang menyerah diri? Ini sudah bagus. Niatnya makin membuak2. Tatkala tingkap dibuka, Abu mendapati sesusuk tubuh yang tak asing lagi pada dirinya. Gadis tersebut terus meluru masuk ke dalam biliknya lantas kedengaran suara Abu meraung bagai orang hilang akal. Suaranya cukup lantang sehingga kedengaran seisi kampung! Abu rebah bersama niat jahatnya.. rebah seperti Adi yang diperkotak katikkannya siang tadi..
************************
Berita mengenai Abu tersebar jua. Abu mengatakan dia pengsan bergelut dengan pencuri. Abu tidak lagi keluar rumah. Katalah apa sahaja, kutuklah semahu mahunya.. dia tetap dengan keputusannya. Letaklah perempuan cantik mana pun didepannya pasti ditolaknya mentah2. Ye sejak kejadian malam itu, Abu bukan seperti dirinya lagi. Abu sanggup tido di bawah ketiak emaknya kalau keadaan memaksa.. Keadaan macamana sehingga sanggup menukar Abu Bongkak sebegitu? Hanya Abu sahaja yang tau.
*************************
Malam tersebut hujan renyai2.. Zahim baru sahaja selesai mengajar anak2 kampung mengaji di masjid. Setelah tamat pengajiannya setahun lepas, itulah kerjanya seharian sementara menunggu tawaran kerja yang dipohonnya. Zahim tidak kekok ditinggalkan sendirian, menutup lampu dan pintu2 masjid kerana itulah rutin hariannya. Cuma nasibnya tak berapa baik malam itu.. dia terpaksa tinggalkan motonya di bangsal masjid kerana pancit. Menapak balik la jawabnya.
Bertemankan cahaya lampu jalan yang samar2..kiri kanan dipenuhi ladang pokok pisang milik arwah Pak Derus.. Zahim meneruskan perjalanan. Kurang orang yang lalu lalang ketika itu, almaklumlah cuaca hujan. Lagipun apa lah yang ada di kampung berkenaan. Tiada hiburan selewat itu di situ. Dia merasakan ladang pisang tersebut terlalu luas.. puas dia melangkah namun jalannya terasa jauh. Angin malam yang sepoi2 menghembus sedikit sebanyak meremangkan bulu2 romanya. Sejuk..risau, perasaannya bercampur baur.
Zahim lantas memberhentikan langkahnya. Di hujung jalan matanya memerhati sekujur tubuh. Samar terselindung di balik pelepah pisang. Dadanya berombak kencang, dia yakin apa yang dilihatnya ketika itu. Mulutnya tak henti2 beristighfar..berzikir. Kalau boleh dia tak mahu ‘benda’ itu yang menghalang laluannya malam itu.. bukan sesuatu yang menarik untuk ditatap.
Kelibat itu menghilang dalam kesamaran. Zahim khuatir andai benar kelibat tersebut mahu mengganggunya.. pasti dia akan muncul lagi. Tapi jika sekadar lalu sahaja.. hatinya mungkin sedikit tenang. Berteka teki samada ingin meneruskan perjalanan atau kembali tidur di masjid yang tak berapa jauh dari lokasinya.. akhirnya Zahim membuat keputusan. Kembali ke masjid! Memandangkan hujan semakin lama makin lebat.
Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang.. dilihatnya sesusuk tubuh berdiri setentang dengannya hanya beberapa kaki dari tempatnya berdiri. Ye itulah kelibat yang dilihatnya tadi. Wanita.. dia mengagak tatkala sesekali petir memanah, jelas susuk tubuh yang berbungkus itu. Hantu bungkus.. ya itulah sebaik2 gelaran yang diketahuinya. Susuk tubuh tersebut melompat terus merapati Zahim yang mendengus kuat.. gigil badan jangan nak kata. Rasa mau pitam tapi dikuatkan dirinnya. Wajahnya hampir pucat sedikit mereput memanjang ke bawah. Matanya galak, bulat.. putih semuanya. Menyeringai.. mulutnya lebar tak seperti biasa manakala lidahnya terjulur.. terbuai2. Tak dapat dibayangkan dengan kata2 lagi.. apa yang boleh Zahim katakan makhluk yang berada di hadapannya tatkala itu benar2 mengerikan
“Abang tolong saya abang. Tolong bukakan kain saya abaaannggg~”, jelas suara sayu teresak2 halus yang keluar dari mulutnya yang meleleh air liur itu. Zahim rasa nak pengsan bila sayup2 suara itu menyapanya. Berat sungguh kakinya tak boleh nak digambarkan. Dipejamnya matanya erat2 harapannya apa yang berlaku hanya mimpi semata2. Tapi bila mata dibuka.. makhluk itu masih berada ditempatnya. Menyeringai! Adakalanya mimik mukanya sedih. Pandangan Zahim memaku tepat pada tali pengikat bunjut atas kepalanya. Mahu tak mahu.. Zahim dalam berani2 takut, tangannya membuka ikatan kain dikepala wanita berkenaan. Sebaik ikatannya terbuka, lantas wanita tersebut terus mengilai dengan suara nyaring dan hilang dari pandangannya. Suasana sepi.. hanya rintik2 hujan yang kedengaran. Gelap! Dirasakan banyak mata yang memerhati di balik celahan rimbunan pokok2 pisang yang tegak berdiri. Zahim hilang kudrat. Sebelum pandangan mata Zahim menjadi gelap.. dia perhatikan sesuatu objek yang terawang2 di langit dengan hilaain panjang halus dan akhirnya hilang ditelan kepekatan malam. Zahim rebah dalam kehujanan.. di tengah2 keheningan malam sunyi yang menyimpan kisah angkernya itu
************************
Imam Hamidi mengangguk tanda faham. Apa yang diceritakan oleh Zahim padanya sebentar tadi kemungkinan berhubung kait dengan kubur arwah Wan Arfah yang dikatakan berlubang. Jenazah baru dikebumikan 2 hari yang lalu.. tapi Pak Mail si penggali kubur menemui kubur arwah berlubang sebesar bola di bahagian kepala entah sejak bila. Ada ura2 mengatakan yang arwah Wan Arfah sudah keluar Islam semasa hayatnya dan kerana dikuburkan dengan cara Islam.. rohnya tidak tenteram dan minta dibebaskan. Iman hanya mengucap panjang.. merenung Zahim yang separuh sedar di temuinya sewaktu dalam perjalanan ke masjid pagi itu. Semuanya menjadi tanda tanya. Wan Arfah pergi meninggalkan misteri yang tidak terungkai. Segala apa yang berlaku di langit dan di bumi adalah ketentuan Dia. Tiada siapa yang mampu menjangkaui ilmu Ya Rabb walaupun sehebat mana sekalipun ilmu makhluk2Nya.
Kampung Daun Rhu aman seketika.. aman buat sementara waktu tapi mereka tidak pasti adakah roh arwah Wan Arfah akan kembali menghantui tidur lena mereka lagi nanti. Mungkin esok lusa.. mungkin juga setahun akan datang. Siapa tahu. Atau mungkin dia tidak kemana2.. berada di kalangan mereka. Memerhati dan menunggu masa yang sesuai untuk bertegur sapa. Hanya waktu dan masa bakal menentukannya.. Heeeeee ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan