Buat salah memang mudah, namun mengakui kesilapan dan memohon maaf bukanlah satu perkara yang mudah. Abang Nara respek dengan Azza Elite yang sedar akan kesilapan dirinya sekaligus memohon maaf apabila tidak menutup aurat semasa majlis pernikahannya di Masjid Bukit Antarabangsa baru-baru ini.
Oleh kerana kesilapan ini, sebuah blog hiburan (bukan BeautifulNara) telah menulis satu artikel yang bertajuk “Apabila Artis Jahil Agama”. Walaupun tidak menyebut nama Azza Elite, artikel tersebut telah menyebabkan Azza Elite meluahkan perasaan di Twitter petang tadi.
Bagi Abang Nara, agak keras untuk melabel seseorang itu jahil agama dengan hanya melakukan kesilapan begini. Lagipun bak kata Azza Elite, dia sudah pun sedar akan kesilapannya sejak hari pertama lagi. Mungkin penggunaan “jahil agama” itu agak melampau. Kalau Abang Nara kena cop jahil agama pun panas jugak hati ini dibuatnya.
Azza Elite menerusi Twitternya memberi masa kepada blog tersebut untuk mengeluarkan artikel yang ditujukan kepadanya sehingga petang tadi atau akan berhadapan dengan saman daripadanya. Apa pun Abang Nara percaya kekusutan ini boleh diselesaikan secara elok. Semoga jalan penyelesaian terbaik dapat ditemui oleh kedua-dua belah pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan