Jumaat, 6 April 2012

Neelofa bersarapan dengan Tun Mahathir.. Biar betul beb..


Siapakah artis yang paling popular masa sekarang ni? Tentulah jawapannya ialah Neelofa, anak kelahiran Kelantan tu beb..

Kat mana-mana sekalipun kalau cerita pasal Neelofa, mesti orang akan tertarik untuk dengar dengan lebih lanjut.

Ini termasuklah sahabat gua Dr MiM yang minat giler dengan Neelofa tu..

Bercerita pasal Neelofa ni.., korang tahu tak yang keluarga dorang tu ada sebuah restoran Village Park di Damansara Utama, Selangor?

Yang menariknya, restoran milik ayah Neelofa selalu dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Wohaa.., untung banget lah yee..

So.., bagi sesapa yang admire kat Neelofa tu, bolehlah berkunjung ke restoran ni.. Manalah tahu kot-kot terserempak dengan artis pujaan korang tu..

Untung-untung boleh bersarapan dengan Tun Mahathir macam Neelofa.. Bukan senang nak duduk semeja dengan pemimpin bertaraf dunia tu tau..




p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan