Rabu, 4 April 2012

[Tragis&Sadis] Ibu Sanggup Dirogol Demi Keselamatan Anak, Penjenayah Guna Plastik Sebagai Kondom




New Straits Times melaporkan seorang wanita "merelakan" dirinya dicabul dan dirogol oleh seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Kampung Jawa minggu lalu semata-mata untuk melindungi anak-anaknya.Wanita tersebut, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol beberapa kali, manakala empat orang anaknya yang menangis ketakutan telah dikunci di sebuah bilik di rumah mereka.

Kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5:45 pagi apabila wanita itu dikejutkan daripada tidur oleh seorang lelaki yang bersenjatakan gunting. Suspek yang menutup mukanya dengan sehelai pakaian kanak-kanak dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah itu melalui tingkap.

Lelaki itu menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan mengacukan gunting ke lehernya. Suspek memberikan amaran kepada wanita itu agar tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan dibunuh.

Mangsa telah diminta menyerahkan barang kemas dan wang tunai. Wanita itu menyerahkan wang RM300, dua buah telefon bimbit, gelang, dan sepasang anting-anting kepada suspek.

Suspek kemudian memberitahu wanita itu bahawa dia mahu merogol anak perempuannya dan pada waktu itulah wanita itu merayu lelaki itu merogolnya sebagai ganti.

Wanita itu kemudian memberitahu polis bahawa suspek tidak menggunakan kondom, tetapi membalut kemaluannya dengan beg plastik. Mangsa juga memberitahu bahawa dia telah ditampar beberapa kali apabila cuba untuk menahan lelaki itu daripada merogolnya lagi.

Selepas suspek melarikan diri, mangsa meminta bantuan jiran sebelum membuat laporan polis. Wanita itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan. Ketika kejadian, suami mangsa tidak ada di rumah kerana ada urusan perniagaan.

Pasukan polis forensik yang melawat tempat kejadian berjaya mengesan beberapa cap jari. Mereka juga menemukan gunting dan pakaian kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.-DCM



P/s: Siapa kata Malaysia paling selamat di rantau ini? 

Jika anda mahu meninggalkan keluarga atas apa-apa urusan, fikirlah berkali-kali. Jika perlu, pastikan ada saudara mara yang menemani mereka. Kejadian seumpama ini kerap berlaku. Lebih malang ada yang kehilangan nyawa kerana penjenayah keparat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan