Rabu, 4 April 2012

Ibu lacur anak…Sebulan 100 lelaki


Seorang gadis 12 tahun dipaksa ibunya untuk melayani lebih dari 100 lelaki. Kejahatan ini terbongkar dan si ibu serta pasangannya di penjarakan.
Seperti diberitakan Sydney Morning Herald, kelmarin, di persidangan terungkap, Wanita asal Tasmania, Australia itu bekerja sama dengan pasangannya, Garry John Devine (51) menempah sebuah bilik hotel di Hobart untuk digunakan oleh anaknya dalam melayani lelaki.
Wanita itu juga menyediakan kondom untuk digunakannya. Bilik tersebut digunakan selama dua malam. Devine bertugas mengawal anak perempuannya itu dan bertugas mengetuk pintu bilik memberitahu pelanggan bahawa waktu mereka telah habis.
Pelacuran itu kemudian diteruskan di kediaman Devine.Kejadian ini terus berlangsung selama sebulan. Dikatakan anak perempuan itu telah berhubungan seks dengan lebih dari 100 lelaki selama sebulan tersebut.
Ibunya akan mengenakan biayaran tambahan 50 dolar Australia bagi lelaki yang tidak mahu memakai kondom. Akibatnya, anak malang tersebut mengalami beberapa penyakit kelamin. Atas perbuatannya, wanita berumur 41 tahun tersebut dia penjara 10 tahun oleh pengadilan Australia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan