Rabu, 4 April 2012

Agnes Monica meninggal


Agnes Monica meninggal

JAKARTA: Gosip mengatakan penyanyi, Agnes Monica meninggal dunia kecoh di laman Twitter. Sebuah blog menyatakan Agnes meninggal 28 Mei lalu jam 11 pagi. Bagaimanapun, laporan itu nyata tidak benar.

Agnes memang dirawat di hospital sejak beberapa hari lalu. Dia mendapat rawatan kerana mengalami kecederaan di punggung ketika berlatih. Khabar mengatakan Agnes meninggal dunia hanya gosip kerana penyanyi itu kini beristirahat di kediamannya.

“Hari ini sudah boleh keluar dari hospital,” tulis Agnes di laman Twitter, semalam.

Penyanyi lagu hits ‘Teruskanlah’ itu sekadar tertawa ketika mendengar gosip mengatakan dia sudah meninggal dunia. “Memang benar saya sudah ‘meninggalkan’ hospital,” tulisnya berjenaka kepada rakannya, Edric Tjandra. -DH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan