Ahad, 8 April 2012

Artis pakai tudung selepas bermimpi tentang kiamat.



Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat. Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.

Tambahnya,Dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

mStar Online mMelaporkan,Jelas Diana lagi,selepas berniat untuk berhijrah,dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.

Katanya,biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.Ditanya tentang lakonan,Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi.

Bertumbuk kerana berebut gadis bawah umur.


SUNGAI DUA - Hanya kerana berebut seorang remaja perempuan bawah umur, empat sahabat baik yang tinggal di Kampung Tok Adam sanggup bergaduh di sini, semalam.

Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan empat sahabat itu terpaksa bermalam dalam lokap polis selepas ditahan malah bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan meringkuk di penjara dan didenda jika didapati bersalah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Zulkifli Alias berkata, remaja yang ditangkap itu berusia antara 15 hingga 19 tahun dan pergaduhan dipercayai bermula sekitar jam 10 malam semalam.

“Kejadian membabitkan dua remaja berkenaan berlaku di kawasan kampung itu pada mulanya hanya membabitkan cabar mencabar mulut apabila seorang remaja tidak berpuas hati terhadap sikap seorang rakannya yang ingin berebut teman wanitanya.

“Rakan remaja itu kemudiannya mencabar teman lelaki remaja perempuan bawah umur itu beradu kekuatan untuk membuktikan kejantanan mereka dalam usaha memikat hati remaja perempuan itu,” katanya.

Zulkifli berkata, pergaduhan yang berlaku kemudiannya merebak melibatkan campur tangan dua rakan masing-masing hingga memaksa penduduk kampung berkenaan cuba meleraikan mereka.

“Kita dimaklumkan penduduk kampung berkenaan berkaitan pergaduhan itu sebelum sepasukan pegawai polis dihantar menahan remaja terbabit.

“Bagaimanapun pergaduhan antara pasangan remaja itu tidak melibatkan penggunaan sejata berbahaya dan sebaik tiba di lokasi kejadian pihak kita berjaya menahan mereka,” katanya.

Menurutnya, empat remaja terbabit kini direman selama tiga hari untuk disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Abdul Wahab semasa empat remaja terbabit dibawa ke mahkamah semalam.

Gambar Nora Danish berposing manja sebelum tidur..



Perghhh..., yang ni confirm gua berdarah hidung beb!! Tak sedar sampai menitik-nitik disebabkan terlampau asyik melayan renungan dari artis cun sorang nih...

Terlupa gua buat seketika kat Maya Karin bila tengok gambar 'Hot Mama' Nora Danish ni berposing sebelum tidur.. Hahahaha...

Selain Neelofa dan Maya Karin..., Nora Danish adalah merupakan antara artis yang paling cun di Malaysia..

Heran ye.., macam manalah si Jejai tu boleh tinggalkan Nora Danish yang macam ni punya lawa..? Kalau nak bandingkan Fasha Sandha dengan Nora.., gua confirm akan pilih Nora..

Tapi tak tahulah kann.., lain orang, lain macam pandangannya.. Masing-masing punya taste lah kann...

Apapun.., Nora Danish memang lawa banget.. Bergelojak rasa didada bila terkena renungannya.. Huhuhuhu....