Pelakon dan bintang filem, Dewi Persik, bertegas tidak mahu ada orang lain melihatnya ketika beribadah.
“Nanti saya dianggap menunjuk-nunjuk,” katanya.Menurut pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu, dia lebih selesa melakukan ibadah secara sederhana dan mengikut caranya.
Menurut Dewi, 24, dia mengalami perubahan menjadi wanita sangat berbeza ketika melakukan ibadah walaupun di khalayak umum biasanya kelihatan seksi.“Ketika melakukan ibadah, saya bukan lagi Dewi Persik seperti anda lihat di televisyen atau layar perak,” katanya.
Sepanjang Ramadan ini, artis kelahiran Jember, Jawa Timur itu tetap kekal dengan penampilan seksi.
Ditanya sama ada dia bimbang jika imejnya itu mengganggu orang lain yang berpuasa, Dewi berkata: “Kalau ada yang suka pada saya, jangan ditunjukkan. Diam-diam saja.” - Agensi
Apahal dengan gambar-gambar kat bawah ni..boleh ikut suka je ke.Lihatlah bukan je seksi malah membiarkan je tubuhnya diraba oleh peminat.